Dalam kitaran bisnes yang dimulakan pasti akan berhadapan dengan fasa-fasa seakan tidak mampu untuk meningkatkan hasil bisnes, pendapatan syarikat boleh ditingkatkan dengan meningkatkan faktor dalaman syarikat, terutama faktor manusia.

Setiap bisnes pasti berkitar berkenaan manusia, dan juga seorang manusia pasti menghasilkan sesuatu, daya fikiran yang mampu mengubah persekitarannya. Sekiranya sorang pengarah syarikat mampu mendorong para pekerja dengan daya fikirannya yang kehadapan dan positif, sudah pasti para pekerja akan mampu menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan.

Kebelakangan ini masyarakat ini hidup dikelilingi dengan berita-berita yang negatif, sehingga pemikiran kebanyakan manusia didominasi dengan pemikiran negatif. Bagaimana pemikiran negatif ini mampu menghasilkan sesuatu yang positif.

Jika anda serius untuk memajukan perniagaan anda , anda perlu mengetahui setiap tabiat(habit) diri anda sama ada ia positif ataupun negatif.

Setiap kata-kata akan memberikan kesan kepada pendengarnya, berhati-hati apabila anda mengucapkan kata-kata kepada orang lain. TETAPI tahukah anda setiap kata-kata insan kepada dirinya sendiri (Self-Talk) juga memberikan impak.

Jadi bagaimana hendak menggunakan hanya 5 minit setiap hari untuk memajukan perniagaan anda.

Ambil sehelai kertas dan tulis sifat-sifat positif apa yang anda hendak wujudkan pada diri anda :

“Saya seorang yang bertenaga, sihat, berfikiran kehadapan.”
“Saya disayangi ahli keluarga , majikan, rakan-rakan saya”
“Saya mudah menarik bakal pembeli untuk melakukan pembelian”
“Saya disukai oleh pelanggan dan juga bakal pelanggan”
“Saya mempunyai kepakaran dalam menjual”
“Setiap hari saya bertambah ceria dan gembira”
“Setiap hari saya sentiasa rasa cukup dan bersyukur”

Rekod dengan menggunakan perakam suara atau telefon anda. pastikan suara anda jelas .

Ambil masa setiap pagi untuk dengar rakaman anda 5 minit sahaja, anda boleh pasang di dalam kereta untuk mendengar ketika pergi ke kerja atau pasang sebagai alarm pagi anda.

Bayangkan ia adalah air yang menyiram dalaman anda dan menyuburkan fikiran positif dan anda akan merasakan kesannya jika anda berterusan membuatnya.

Sekiranya anda seorang yang serius hendak memajukan perniagaan anda dan hendak mengetahui lebih lanjut, boleh menyertai seminar online kami, semak jadual di website seminar.kalamwibawa.com